FauziahSamad.com

Tabung anak-anak

Dapur Tanpa Sempadan...

Saturday, 17 March 2012

Penggemar daging merah

Salam sejahtera semua..

Ramai diantara kita tidak berapa menggemari daging merah. Ini disebabkan bau nya yang
kurang enak, hanyir, selalunya tekstur yang liat, susah untuk dikunyah, tidak enjoy bila memakannya. Walau apa pun menu yang dihidangkan berkenaan daging..jawabnya memang out..Orang kita selalunya akan lebih suka dengan rendang daging atau kari daging. Daging merah mengandungi myoglobin protien dimana bila dimasak ia akan bertukar kepada metmyoglobin.Tekstur daging agak keras kerana rangkaian fiber yang kuat..tu sebab kita kena rebus secara perlahan barulah kita akan mendapat tekstur lembut seperti yang kita mahukan. Jika dibandingkan dengan daging putih sebenarnya dari segi nutrisinya daging merah mengandungi zinc, riboflavin,niacin,thiamin, amini acids dan iron. Jika anda mengalami masalah darah tinggi anda digalakkan untuk menggantikan daging merah kepada daging putih seperti ayam. Daging putih rendah lemak tepu dan kolestrol. Terdapat pelbagai jenis asid amino di dalam daging putih seperti ikan. Secara ringkasnya, kedua-dua daging ini ada pro dan kontranya. Menurut kajian pengambilan daging merah yang berterusan akan mengakibatkan kematian akibat masalah jantung. Jadi berhati-hati dalam pengambilan daging merah anda untuk kesihatan yang lebih baik.