FauziahSamad.com

Tabung anak-anak

Dapur Tanpa Sempadan...

Wednesday, 14 March 2012

Berpinau mata dek permata

Salam sejahtera semua...

Bila kali terakhir anda membeli jam tangan? Atau jam yang anda pakai sekarang adalah untuk seumur hidup?  Haha pelik je bunyi kan...nampak sangat takde budget ..atau banyak keperluan lain yang perlu didahulukan.

Cuba lihat jam tangan ini..Berapa tahun kumpul duit baru boleh dapat....atau sampai mati pun ...belum tentu dapat.

Jam termahal di dunia


Ini adalah hasil kerja tangan syarikat pembuat jam terkemuka Hublot dari Sweden. Jam ini sangat cantek dan berharga lebih dari $5 million.. cube kira duit Malaysia berapa..bertatahkan batu permata puteh 140 carat. Jam ini adalah idaman orang kaya dan ternama.

Menurut jurucakap syarikat keseluruhan jam ini memerlukan seramai 17 orang pekerja untuk menyiapkan dengan sempurna dan masa yang diperuntukkan ialah selama 14 bulan. Jumlah permata puteh yang digunakan ialah sebanyak 1,292 butir dan kualiti permata dari yang terpilih sahaja.
Untuk anda memilikinya...kena tepok dada dan tanye hati...fokus minda dan berfikiran positif ..tiada yang mustahil untuk terjadi. Semua terpulang pada diri kita.
*Teringat jam lama pemberian ibu masa sekolah yang berharga RM 20..tapi sangat sentimental.


Coca cola dan Pepsi-minumlah kalau nak cepat mati

Salam sejahtera semua....

Kenape korang semua suke sangat nak minum minuman ini...kalau tak minum tak leh hidup ke..atau sunyi dunia tanpa pepsi dan cocacola. Walaupun dah banyak diperkatakan bahawa di US minuman ini jelas mengandungi pewarna yang boleh memberi anda cancer. Kajian di makmal menunjukkan bahan '4-methylimidazole' yang menghasilkan caramel bewarna perang yang duji terhadap tikus boleh meningkatkan risiko cancer..atau dalam bahasa kasar cepat mampuslah.


Di Malaysia pula ..pernahkah anda memikirkan apakah pihak berwajib sentiasa peka terhadap bahan didalam minuman ini? Kalau di UK pula mereka tidak memperdulikan ini semua.....sebab mereka lebih memikirkan bisnes dari kepentingan kesihatan.

Cuba bayangkan anak kita minum air ini dari darjah satu hinggalah masuk ke Universiti....dapat tak anda bayangkan risikonye...fikir-fikirkanlah sendiri ye..