FauziahSamad.com

Tabung anak-anak

Dapur Tanpa Sempadan...

Thursday, 12 January 2012

Penyakit Lupus Kronik/SLE Membawa maut

Cuba anda semua perhatikan pada gambar diatas..munkin peringatan kepada diri sendiri dan juga kepada ibubapa yang mempunyai anak yang seakan-akan jenis kulit seperti di atas. Ini adalah salah satu simptom kepada masalah penyakit ini.
SLE adalah singkatan kepada  Sistemik Lupus Eritematosus. Dikatakan bahawa penyakit ini tiada penawarnya melainkan pesakit akan bergantung kepada steroid untuk menyambung kehidupan hingga ke akhir hayat.
Selain dari itu sekitar tahun 1993 tidak banyak yang diketahui mengenai penyakit ini.  Pakar Runding Rheumatologi berkata Lupus tergolong dalam kumpulan penyakit kronik yang dideritai seumur hidup.
 Lupus adalah penyakit autoimun yang terjadi apabila tisu badan menyerang sistem imun atau daya tahan badan itu sendiri. Ia boleh dikategorikan sebagai radang akut atau kronik. Namun, ia bukan penyakit berjangkit.
Lupus boleh menyerang mana-mana tisu badan, misalnya di kulit, jantung, paru-paru, ginjal, sendi atau sistem saraf. Lupus pada kulit dikenali sebagai Lupus dermatitis manakala yang membabitkan organ dalaman, dikenali SLE.
Keluarga kami baru sahaja kehilangan seorang ahli keluarga yang mengidap SLE. Dia hilang dalam sekelip mata setelah koma selama tiga minggu dan menghembuskan nafas yang terakhir ketika berumur 27 tahun. Mari kita sama2 meneliti diri sendiri dan anak2 supaya dijauhi penyakit yang tiada ubatnya ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.