FauziahSamad.com

Tabung anak-anak

Dapur Tanpa Sempadan...

Saturday, 2 June 2012

Magga Kuning Yang Berkhasiat

Salam sejahtera semua..
Anda semua pasti suka dengan buah.buahan tempatan. Bukan saja warna yang menarik dan berbagai malah rasanya pun memang sedap. Buah Mangga memang sedap kalau dimakan bagitu sahaja. Malah kalau ia dibuat jus lagi sedap. Kena cuba dulu baru tahu.


Jika anda inginkan khasiat yang optimum ..apa yang anda perlu lakukan ialah mengambilnya dengan kulitnya sekali maksudnya kulit mangga tidak perlu dibuang, ia harus diambil kesemuanya sekali. Dengan ini buah mangga yang dimakan boleh mengurangkan berat badan. Kandungan natural complex compound di dalam mangga itu sendiri boleh membantu proses pengurangan berat badan. Ini menurut kajian penyelidik dari University of Queenland Australia.
Tapi anda harus ingat makanan yang seimbang dan senaman yang sesuai dan juga tidur yang cukup akan mempercepatkan proses pengurangan berat badan anda...Jangan lupa untuk mencuba.



Friday, 1 June 2012

Coklat Gelap - Kurangkan Risiko Penyakit Hati






Salam sejahtera semua..

Penggemar coklat memang arif bahawa coklat gelap dapat mengurangkan risiko darah tinggi dan juga menghindari risiko diabetis. Penyelidik dari sebuah University dari Australia membuat kajian terhadap orang yang mengalami metabolic syndrome ( orang yang mengalami masalah obes, kandungan kolestrol yang tinggi dan kandungan gula yang tinggi ).
Hasil kajian mereka mendapati bahawa kandungan flavonoids dalam coklat gelap dapat mengurangkan semua permasalahan metabolic syndrome yang dikatakan di atas. Flavonoids juga bertindak sebagai protective effect kepada jantung. Flavonoids juga dapat memperbaiki insulin sensitiviti kepada pesakit diabetes.