FauziahSamad.com

Tabung anak-anak

Dapur Tanpa Sempadan...

Thursday, 15 March 2012

Perang atau Putih - Buatlah pilihan sendiri


Salam sejahtera semua...
Anda makan nasi setiap hari? Nasi dari beras putih atau perang? Kalau saya memang makan nasi putih melepak setiap hari. Ini memang dah tradisi turun temurun sejak dilahirkan lagi. Rupanya kalau makan nasi putih akan mengambilkira risiko untuk mendapat diabetes tahap dua. Ini berpandukan kajian yang telah dibuat.


Orang Malaysia, Indonesia, India, Jepun dan negara Asia yang lain memang berisiko tinggi untuk mendapat diabetes tahap dua. Diabetes tahap dua adalah merupakan serangan kepada kardiovaskular dan menyerang dalam sistem darah dan mengganggu organ seperti otak, jantung dan kaki.
Masalah jantong coronari membawa kepada sakit dada, dan kematian mengejut. Otak pula akan menyebabkan strok atau mini strok dimana sistem perjalanan darah terganggu seketika. Kaki pula menyebabkan gangrene dimana tisu mati dan kaki harus dipotong.
Setakat ini ade ke anda merasai sakit pada organ-organ tersebut...oh belum lagi sebab anda masih muda..anda adalah ape yang anda makan pada hari ini...


Bahaimana pula kalau kita makan nasi dari beras perang?Beras perang ialah bras yang tidak dibuang kulit arinye. Kandungan minyak pada pada lapisan kulit dalam padi tersebut dapat membantu menurunkan kolesterol LDL. Beras perang mempunyai rasa seperti kacang  dan lebih kenyal dari beras putih. Beras perang mempunyai kualiti sebagai ubat Antara kelebihan yang terdapat pada beras perang ialah memberikan khasiat magnesium yang diperlukan badan dan sangat sesuai untuk proses mengurangkan berat badan. Mineral ini sangat penting untuk sistem saraf dan membantu pesakit diabetes tahap 2.
Sekarang baru faham kenapa ibu selalu beli beras perang ..walaupun mahal..rupanya berkhasiat.



    No comments:

    Post a Comment