FauziahSamad.com

Tabung anak-anak

Dapur Tanpa Sempadan...

Wednesday, 14 March 2012

Berpinau mata dek permata

Salam sejahtera semua...

Bila kali terakhir anda membeli jam tangan? Atau jam yang anda pakai sekarang adalah untuk seumur hidup?  Haha pelik je bunyi kan...nampak sangat takde budget ..atau banyak keperluan lain yang perlu didahulukan.

Cuba lihat jam tangan ini..Berapa tahun kumpul duit baru boleh dapat....atau sampai mati pun ...belum tentu dapat.

Jam termahal di dunia


Ini adalah hasil kerja tangan syarikat pembuat jam terkemuka Hublot dari Sweden. Jam ini sangat cantek dan berharga lebih dari $5 million.. cube kira duit Malaysia berapa..bertatahkan batu permata puteh 140 carat. Jam ini adalah idaman orang kaya dan ternama.

Menurut jurucakap syarikat keseluruhan jam ini memerlukan seramai 17 orang pekerja untuk menyiapkan dengan sempurna dan masa yang diperuntukkan ialah selama 14 bulan. Jumlah permata puteh yang digunakan ialah sebanyak 1,292 butir dan kualiti permata dari yang terpilih sahaja.
Untuk anda memilikinya...kena tepok dada dan tanye hati...fokus minda dan berfikiran positif ..tiada yang mustahil untuk terjadi. Semua terpulang pada diri kita.
*Teringat jam lama pemberian ibu masa sekolah yang berharga RM 20..tapi sangat sentimental.


No comments:

Post a Comment