FauziahSamad.com

Tabung anak-anak

Dapur Tanpa Sempadan...

Saturday, 17 March 2012

Penggemar daging merah

Salam sejahtera semua..

Ramai diantara kita tidak berapa menggemari daging merah. Ini disebabkan bau nya yang
kurang enak, hanyir, selalunya tekstur yang liat, susah untuk dikunyah, tidak enjoy bila memakannya. Walau apa pun menu yang dihidangkan berkenaan daging..jawabnya memang out..Orang kita selalunya akan lebih suka dengan rendang daging atau kari daging. Daging merah mengandungi myoglobin protien dimana bila dimasak ia akan bertukar kepada metmyoglobin.Tekstur daging agak keras kerana rangkaian fiber yang kuat..tu sebab kita kena rebus secara perlahan barulah kita akan mendapat tekstur lembut seperti yang kita mahukan. Jika dibandingkan dengan daging putih sebenarnya dari segi nutrisinya daging merah mengandungi zinc, riboflavin,niacin,thiamin, amini acids dan iron. Jika anda mengalami masalah darah tinggi anda digalakkan untuk menggantikan daging merah kepada daging putih seperti ayam. Daging putih rendah lemak tepu dan kolestrol. Terdapat pelbagai jenis asid amino di dalam daging putih seperti ikan. Secara ringkasnya, kedua-dua daging ini ada pro dan kontranya. Menurut kajian pengambilan daging merah yang berterusan akan mengakibatkan kematian akibat masalah jantung. Jadi berhati-hati dalam pengambilan daging merah anda untuk kesihatan yang lebih baik.

Friday, 16 March 2012

Tak cukup tidor boleh jadi gemok

Salam sejahtera semua....

Berapa jam anda dapat tidor dalam sehari...sebabnya kesihatan yang baik datang dari tidor yang cukup. Kalau tidor tak cukup hidup boleh jadi huru-hara...pening, nak muntah, muka tak terurus. Nak tengok cermin pun malu..Menurut kajian kurang tidor akan meningkatkan hormon yang dipanggil leptin dan ghrelin yang dikaitkan dengan selera makan. Secara rasionalnya bila selera makan bertambah maka kita akan terjebak dengan ketidakatifan tenaga yang diguna pakai..maka terjadilah kegemokan yang melampau. Ini cuma menurut kajian saja..kalau pemakanan seimbang diikuti dengan senaman yang cukup, minum air suam yang banyak, maka ini semua tidak akan terjadi.

Thursday, 15 March 2012

Perang atau Putih - Buatlah pilihan sendiri


Salam sejahtera semua...
Anda makan nasi setiap hari? Nasi dari beras putih atau perang? Kalau saya memang makan nasi putih melepak setiap hari. Ini memang dah tradisi turun temurun sejak dilahirkan lagi. Rupanya kalau makan nasi putih akan mengambilkira risiko untuk mendapat diabetes tahap dua. Ini berpandukan kajian yang telah dibuat.


Orang Malaysia, Indonesia, India, Jepun dan negara Asia yang lain memang berisiko tinggi untuk mendapat diabetes tahap dua. Diabetes tahap dua adalah merupakan serangan kepada kardiovaskular dan menyerang dalam sistem darah dan mengganggu organ seperti otak, jantung dan kaki.
Masalah jantong coronari membawa kepada sakit dada, dan kematian mengejut. Otak pula akan menyebabkan strok atau mini strok dimana sistem perjalanan darah terganggu seketika. Kaki pula menyebabkan gangrene dimana tisu mati dan kaki harus dipotong.
Setakat ini ade ke anda merasai sakit pada organ-organ tersebut...oh belum lagi sebab anda masih muda..anda adalah ape yang anda makan pada hari ini...


Bahaimana pula kalau kita makan nasi dari beras perang?Beras perang ialah bras yang tidak dibuang kulit arinye. Kandungan minyak pada pada lapisan kulit dalam padi tersebut dapat membantu menurunkan kolesterol LDL. Beras perang mempunyai rasa seperti kacang  dan lebih kenyal dari beras putih. Beras perang mempunyai kualiti sebagai ubat Antara kelebihan yang terdapat pada beras perang ialah memberikan khasiat magnesium yang diperlukan badan dan sangat sesuai untuk proses mengurangkan berat badan. Mineral ini sangat penting untuk sistem saraf dan membantu pesakit diabetes tahap 2.
Sekarang baru faham kenapa ibu selalu beli beras perang ..walaupun mahal..rupanya berkhasiat.



    Wednesday, 14 March 2012

    Berpinau mata dek permata

    Salam sejahtera semua...

    Bila kali terakhir anda membeli jam tangan? Atau jam yang anda pakai sekarang adalah untuk seumur hidup?  Haha pelik je bunyi kan...nampak sangat takde budget ..atau banyak keperluan lain yang perlu didahulukan.

    Cuba lihat jam tangan ini..Berapa tahun kumpul duit baru boleh dapat....atau sampai mati pun ...belum tentu dapat.

    Jam termahal di dunia


    Ini adalah hasil kerja tangan syarikat pembuat jam terkemuka Hublot dari Sweden. Jam ini sangat cantek dan berharga lebih dari $5 million.. cube kira duit Malaysia berapa..bertatahkan batu permata puteh 140 carat. Jam ini adalah idaman orang kaya dan ternama.

    Menurut jurucakap syarikat keseluruhan jam ini memerlukan seramai 17 orang pekerja untuk menyiapkan dengan sempurna dan masa yang diperuntukkan ialah selama 14 bulan. Jumlah permata puteh yang digunakan ialah sebanyak 1,292 butir dan kualiti permata dari yang terpilih sahaja.
    Untuk anda memilikinya...kena tepok dada dan tanye hati...fokus minda dan berfikiran positif ..tiada yang mustahil untuk terjadi. Semua terpulang pada diri kita.
    *Teringat jam lama pemberian ibu masa sekolah yang berharga RM 20..tapi sangat sentimental.


    Coca cola dan Pepsi-minumlah kalau nak cepat mati

    Salam sejahtera semua....

    Kenape korang semua suke sangat nak minum minuman ini...kalau tak minum tak leh hidup ke..atau sunyi dunia tanpa pepsi dan cocacola. Walaupun dah banyak diperkatakan bahawa di US minuman ini jelas mengandungi pewarna yang boleh memberi anda cancer. Kajian di makmal menunjukkan bahan '4-methylimidazole' yang menghasilkan caramel bewarna perang yang duji terhadap tikus boleh meningkatkan risiko cancer..atau dalam bahasa kasar cepat mampuslah.


    Di Malaysia pula ..pernahkah anda memikirkan apakah pihak berwajib sentiasa peka terhadap bahan didalam minuman ini? Kalau di UK pula mereka tidak memperdulikan ini semua.....sebab mereka lebih memikirkan bisnes dari kepentingan kesihatan.

    Cuba bayangkan anak kita minum air ini dari darjah satu hinggalah masuk ke Universiti....dapat tak anda bayangkan risikonye...fikir-fikirkanlah sendiri ye..
                                                                                                                                                          
                                                                                                                                                  


    Sunday, 11 March 2012

    Nak Ikut Pergi MelancongTak?

    Salam Sejahtera Semua....

    Jum pergi melancong....nak ikut tak...he he....melancong dalam mimpi je sambil cuci mata. Cuba perhatikan gambar-gambar ini ..agak kat mane ye..dapat tengok gambar pun cukuplah.

    St. Basil's di Kremlin


    The Catedrals


    Kremlin's Museum
    Shopping Complexes

    Dah tahu tempat ni kat mane?.......

    MOSCOW HOLIDAYS

    Agak-agak bile boleh sampai ke sana ye...best kan...dapat tenangkan fikiran, minda pun boleh jadi sihat..





    Saturday, 10 March 2012

    D & C ? Ape tu saya tak faham

    Salam Sejahtera semua...

    Memang pada mulanya saya tak faham ape itu D & C. Tapi bila dah terkena batang hidung sendiri baru terkial-kial nak google up. Ade bayak info mengenai D&C ini. Saya cube untuk share informasi ini dengan semua tetapi tak berapa jumpa dalam bahasa Melayu kebanyakanya dalam bahasa Inggeris.
    Saya menjalani process ini kerana menstruasi yang berlarutan dan berlaku penebalan pada uterus...info ini sangat berguna untuk semua tidak kira lelaki atau perempuan sebab sekarang ini pelbagai kemunkinan boleh berlaku tanpa dijangka.
    Saya cuba beri gambaran dari info yang saya baca dalam English semoga boleh membantu.

    P/s Proses D & C yang saya lalui hanya mengambil masa selama 30 minit sahaja....buat keputusan bijak sebelum anda menjalaninya.

    D & C ( Dilatation and Curettage )


    Normal Anatomy

    The uterus is located in the abdomen and is the site of fetal development during pregnancy. The body (fundus) of the uterus narrows and forms the cervix. The cervix opens to the vagina.

    Indication


    D and C or dilatation and curettage is a procedure to scrape and collect the tissue (endometrium) from inside the uterus.


    D and C or uterine scraping may be done to:
    • diagnose conditions using the tissue samples collected (biopsies)
    • treat irregular bleeding
    • remove fetal or placental tissue (used for some elective or therapeutic abortions and to remove any remaining tissue after a spontaneous abortion (miscarriage)


    D and C or uterine scraping may be recommended for:
    • bleeding between periods
    • heavy menstrual bleeding
    • bleeding after intercourse
    • investigation of infertility
    • uterine fibroids
    • endometrial polyps
    • uterine cancer (early diagnosis)
    • cervical cancer (early diagnosis)
    • thickening of the uterus (endometrial hyperplasia)
    • an embedded IUD (intrauterine device)
    • therapeutic or elective abortion
    • miscarriage

    Procedure



    D and C or dilatation and curettage (uterine scraping) is a fairly minor surgical procedure. The procedure may be performed in the hospital or in a clinic using general or local anesthesia. The vaginal canal is held open by a speculum and the opening to the uterus (cervix) is anesthetized (not always). The cervical canal is widened (dilated) using a metal rod and a curette (a metal loop on the end of a long thin handle) is then passed through the canal into the uterine cavity. The inner layer of the uterus (endometrium) is scraped away and the tissue is collected for examination.

    Thursday, 8 March 2012

    Suami Buat Selambee..gileer Bila Isteri Sakit...

    Salam Sejahtera Semua..

    Arini nak share satu perihal tentang  wanita yang selalu cramp bila datang period...munkin ramai yang dah mengalami masalah ini setiap bulan betul tak?


    Semua wanita arif bagaimana rasanya period cramp. Kita tak boleh jalan, mata tak boleh nak buka, rasa macam nak muntah, kepala sakit nak mampus, tak boleh nak berdiri betul, menggigil, panas sejuk, berpeluh giler. Dalam keadaan yng begini yang paling perlu ialah baring dan rehatkan minda. Bawa banyak bertenang dan jangan paksa diri untuk bangun dan buat kerja rumah.
    Ni yang nak cerita pasal sorang suami ni yang selalu buat selambe giler bila isterinya sakit dan cramp setiap bulan. Langsung tak kisah nak tolong buat kerja rumah contohnya tolong jerang air ke, tolong mesin kain ke , sapu sampah ke...dan yang paling penting touching isteri tu mane yang patut..dan tolong ambilkan ubat untuk ditelan.
    Berbalik cerita kawan ni suaminye tidak pernah berbuat demikian.Apa yang terjadi ialah buat dek aje..tanye pun tak nak anta clinic jauh sekali...jadi terpaksalah minta tolong kawan untuk pergi clinic.Ini kes belum ade anak lagi...cube bayangkan kalau dah ade anak...tak ke haru jadinya...
    Kepada anda yang bergelar suami ..bertimbang raselah terhadap isteri kerana isteri anda adalah kawan baik anda tempat untuk share suka dan duka sepanjang hayat...bukan saje mendapat barakah dari Allah rezeki pun akan melimpah ruah..percayalah cakap saye ni. Anda ade pengalaman kongsikan bersama...


    Wednesday, 7 March 2012

    Ujang Den Nak Masuk U

    Salam Sejahtera Semua...

    Ujang eden yang berkacamata ,,,sangat happy arini @result STPM dapat pointer yang agak baik dan layak masuk IPTA..


    Tahniah!!!!!! Seperti ibubapa lain semestinya bersyukur kepada Allah kerana telah kabulkan doa untuk melihat kejayaan anak. Kepada anak-anak yang lain tahniah atas kejayaan anda semua. Jika menurut kata ibubapa, istiqomah dalam pembelajaran, akur nasihat guru tiada sebab untuk tidak berjaya.
    Namun semuanya di tangan Allah kalau tidak mendapat keputusan yang baik..jangan putus asa...masa masih panjang dan peluang terbuka luas. Buat pilihan yang bijak untuk masa depan yang lebih baik dan cemerlang dalam apa bidang yang diceburi. Tahniah moga dapat jadi Ustazzzzz....