FauziahSamad.com

Tabung anak-anak

Dapur Tanpa Sempadan...

Friday, 3 August 2012

Mampukah Penyakit Payudara Dicegah?

Salam Sejahtera Semua..

Marilah kita sama-sama menghayati artikel yang sangat berguna ini untuk diri kita, anak perempuan kita, ibu, ataupun isteri kita yang tercinta..ihsan dari http://cancer-b17.blogspot.com/

Ini adalah pertanyaan yang sering menghantui kita. Biarpun kita mengetahui, tidak ada faktor ataupun sebab yang spesifik dikenal pasti sebagai puncanya. Namun dengan mengetahui faktor risiko serta mengelakkan darinya, adalah kaedah yang mampu membantu dalam usaha mencegah penghidapan penyakit ini.  Disamping itu pengamalan cara kehidupan yang sihat juga akan turut berupaya menyumbang ke arah usaha tersebut.
Faktor risiko seperti amalan pemakanan yang tidak betul, kurang bersenam, merokok serta mengambil minuman beralkohol jika dielakkan bukan sahaja akan mengurangkan risiko penghidapan penyakit ini. Tetapi tahukah anda , ianya juga akan membantu anda untuk mengelak daripada penyakit-penyakit seperti kencing manis, jantung serta penyakit-penyakit kronik yang lain?


Antara langkah penjagaan serta rutin kehidupan seharian yang sihat adalah seperti:
1.     Mengurangkan pengambilan bahan berlemak di dalam amalan pemakanan seharian anda.
2.     Menambahkan bahan makanan yang mengandungi serat (fiber) di dalam amalan pemakanan seharian anda. Antara bahan makanan yang mengandungi serat (fiber)adalah sayuran, buah-buahan dan bijirin.
3.     Pastikan anda memakan sayuran serta buah-buahan yang segar. Selain daripada mengandungi bahan serat (fiber) ia juga turut mempunyai unsur-unsur antioksidan dan mikronutrien.
4.     Kurangkan ataupun elakkanlah pengambilan minuman beralkohol. Terdapat bukti kukuh yang menunjukkan bahawa wanita yang mengambil minuman beralkohol secara puratanya sebanyak dua kali sehari mempunyai sedikit peningkatan risiko berbanding mereka yang tidak meminumnya.
5.     Bersenam serta sentiasa aktif berupaya untuk mencegah anda daripada ancaman pelbagai jenis penyakit. Antara amalan bersenam yang boleh anda lakukan ialah aktiviti berjalan, jika berupaya lakukannya pada setiap hari. Sekiranya tidak berkesempatan, lakukan senaman yang berupaya untuk mengeluarkan peluh serta menggerakkan otot anda.
6.      Hapuskan tabiat merokok. Biarpun ia bukanlah merupakan punca kepada penghidapan penyakit barah payudara tetapi ianya mempunyai kesan yang berupaya untuk memudaratkan keseluruhan kesihatan badan anda. Ianya turut membuka anda kepada risiko penghidapan pelbagai penyakit yang lain.

Friday, 20 July 2012

Kesihatan Pilihan Utama

Salam sejahtera semua...

Mampukah anda memakan sesuatu yang boleh memudaratkan kesihatan anda dan keluarga.....ini cuma sekadar perkongsian supaya kita lebih berhati-hati apabila menjamu selera untuk keluarga di restoran makanan segera....gunakan minda yang sihat untuk memikirkannya.Ekor Tikus menjadi hidangan..



Keterangan lanjut click disini http://arituarini.blogspot.com/2012/07/ekor-tikus-dalam-burger-mcdonalds.html


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Assalamualaikum Semua...
Sempena menyambut bulan yang mulia ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa..terlalu cepat masa berlalu dah jumpa bulan ramadhan...agar kita semua akan sentiasa menjaga pemakanan. Ingatlah bahawa segala penyakit bermula dari perut atau apa yang kita makan...jika makanan kita sentiasa berkhasiat maka akan terpeliharalah kesihatan kita.




Saturday, 2 June 2012

Magga Kuning Yang Berkhasiat

Salam sejahtera semua..
Anda semua pasti suka dengan buah.buahan tempatan. Bukan saja warna yang menarik dan berbagai malah rasanya pun memang sedap. Buah Mangga memang sedap kalau dimakan bagitu sahaja. Malah kalau ia dibuat jus lagi sedap. Kena cuba dulu baru tahu.


Jika anda inginkan khasiat yang optimum ..apa yang anda perlu lakukan ialah mengambilnya dengan kulitnya sekali maksudnya kulit mangga tidak perlu dibuang, ia harus diambil kesemuanya sekali. Dengan ini buah mangga yang dimakan boleh mengurangkan berat badan. Kandungan natural complex compound di dalam mangga itu sendiri boleh membantu proses pengurangan berat badan. Ini menurut kajian penyelidik dari University of Queenland Australia.
Tapi anda harus ingat makanan yang seimbang dan senaman yang sesuai dan juga tidur yang cukup akan mempercepatkan proses pengurangan berat badan anda...Jangan lupa untuk mencuba.



Friday, 1 June 2012

Coklat Gelap - Kurangkan Risiko Penyakit Hati






Salam sejahtera semua..

Penggemar coklat memang arif bahawa coklat gelap dapat mengurangkan risiko darah tinggi dan juga menghindari risiko diabetis. Penyelidik dari sebuah University dari Australia membuat kajian terhadap orang yang mengalami metabolic syndrome ( orang yang mengalami masalah obes, kandungan kolestrol yang tinggi dan kandungan gula yang tinggi ).
Hasil kajian mereka mendapati bahawa kandungan flavonoids dalam coklat gelap dapat mengurangkan semua permasalahan metabolic syndrome yang dikatakan di atas. Flavonoids juga bertindak sebagai protective effect kepada jantung. Flavonoids juga dapat memperbaiki insulin sensitiviti kepada pesakit diabetes.





Thursday, 31 May 2012

Cancer Tidak Mengenal Usia.

Salam sejahtera semua...

 Tahukah anda bahawa bayi yang baru dilahirkan ini telah di diagnos mengalami cancer. Percaya atau tidak inilah hakikat yang sebenarnya terjadi kepada bayi ini. Dilahirkan disebuah hospital di Braitain dan disahkan mengalami cancer herpatoblastoma ( sejenis cancer hati). 
Tindakan pantas sekumpulan pakar-pakar dari hospital yang sama telah menyelamatkan nyawa baby ini. Sebahagian hatinya terpaksa dibuang dan juga hempedunya tidak dapat diselamatkan,
Seawal 7 hari baby ini telah menjalani chemoteraphy dan doktor pakar telah bertungkus.lumus dengan penuh teliti agar baby akan selamat.
Sekarang sudah hampir enam bulan baby ini telah disahkan sihat dan mengalami penurunan cancer yang dialami melalui ujian MRI dan Citi Scan.
Inilah dia baby yang bertuah dapat diselamatkan dari cancer hati. Dari raut wajahnya tidak siapa yang menyangka bahawa dia pernah mengalami cancer hati seawal ia dilahirkan. Inilah kuasa Tuhan yang tidak terjangka oleh fikiran manusia.
 

Saturday, 17 March 2012

Penggemar daging merah

Salam sejahtera semua..

Ramai diantara kita tidak berapa menggemari daging merah. Ini disebabkan bau nya yang
kurang enak, hanyir, selalunya tekstur yang liat, susah untuk dikunyah, tidak enjoy bila memakannya. Walau apa pun menu yang dihidangkan berkenaan daging..jawabnya memang out..Orang kita selalunya akan lebih suka dengan rendang daging atau kari daging. Daging merah mengandungi myoglobin protien dimana bila dimasak ia akan bertukar kepada metmyoglobin.Tekstur daging agak keras kerana rangkaian fiber yang kuat..tu sebab kita kena rebus secara perlahan barulah kita akan mendapat tekstur lembut seperti yang kita mahukan. Jika dibandingkan dengan daging putih sebenarnya dari segi nutrisinya daging merah mengandungi zinc, riboflavin,niacin,thiamin, amini acids dan iron. Jika anda mengalami masalah darah tinggi anda digalakkan untuk menggantikan daging merah kepada daging putih seperti ayam. Daging putih rendah lemak tepu dan kolestrol. Terdapat pelbagai jenis asid amino di dalam daging putih seperti ikan. Secara ringkasnya, kedua-dua daging ini ada pro dan kontranya. Menurut kajian pengambilan daging merah yang berterusan akan mengakibatkan kematian akibat masalah jantung. Jadi berhati-hati dalam pengambilan daging merah anda untuk kesihatan yang lebih baik.

Friday, 16 March 2012

Tak cukup tidor boleh jadi gemok

Salam sejahtera semua....

Berapa jam anda dapat tidor dalam sehari...sebabnya kesihatan yang baik datang dari tidor yang cukup. Kalau tidor tak cukup hidup boleh jadi huru-hara...pening, nak muntah, muka tak terurus. Nak tengok cermin pun malu..Menurut kajian kurang tidor akan meningkatkan hormon yang dipanggil leptin dan ghrelin yang dikaitkan dengan selera makan. Secara rasionalnya bila selera makan bertambah maka kita akan terjebak dengan ketidakatifan tenaga yang diguna pakai..maka terjadilah kegemokan yang melampau. Ini cuma menurut kajian saja..kalau pemakanan seimbang diikuti dengan senaman yang cukup, minum air suam yang banyak, maka ini semua tidak akan terjadi.

Thursday, 15 March 2012

Perang atau Putih - Buatlah pilihan sendiri


Salam sejahtera semua...
Anda makan nasi setiap hari? Nasi dari beras putih atau perang? Kalau saya memang makan nasi putih melepak setiap hari. Ini memang dah tradisi turun temurun sejak dilahirkan lagi. Rupanya kalau makan nasi putih akan mengambilkira risiko untuk mendapat diabetes tahap dua. Ini berpandukan kajian yang telah dibuat.


Orang Malaysia, Indonesia, India, Jepun dan negara Asia yang lain memang berisiko tinggi untuk mendapat diabetes tahap dua. Diabetes tahap dua adalah merupakan serangan kepada kardiovaskular dan menyerang dalam sistem darah dan mengganggu organ seperti otak, jantung dan kaki.
Masalah jantong coronari membawa kepada sakit dada, dan kematian mengejut. Otak pula akan menyebabkan strok atau mini strok dimana sistem perjalanan darah terganggu seketika. Kaki pula menyebabkan gangrene dimana tisu mati dan kaki harus dipotong.
Setakat ini ade ke anda merasai sakit pada organ-organ tersebut...oh belum lagi sebab anda masih muda..anda adalah ape yang anda makan pada hari ini...


Bahaimana pula kalau kita makan nasi dari beras perang?Beras perang ialah bras yang tidak dibuang kulit arinye. Kandungan minyak pada pada lapisan kulit dalam padi tersebut dapat membantu menurunkan kolesterol LDL. Beras perang mempunyai rasa seperti kacang  dan lebih kenyal dari beras putih. Beras perang mempunyai kualiti sebagai ubat Antara kelebihan yang terdapat pada beras perang ialah memberikan khasiat magnesium yang diperlukan badan dan sangat sesuai untuk proses mengurangkan berat badan. Mineral ini sangat penting untuk sistem saraf dan membantu pesakit diabetes tahap 2.
Sekarang baru faham kenapa ibu selalu beli beras perang ..walaupun mahal..rupanya berkhasiat.



    Wednesday, 14 March 2012

    Berpinau mata dek permata

    Salam sejahtera semua...

    Bila kali terakhir anda membeli jam tangan? Atau jam yang anda pakai sekarang adalah untuk seumur hidup?  Haha pelik je bunyi kan...nampak sangat takde budget ..atau banyak keperluan lain yang perlu didahulukan.

    Cuba lihat jam tangan ini..Berapa tahun kumpul duit baru boleh dapat....atau sampai mati pun ...belum tentu dapat.

    Jam termahal di dunia


    Ini adalah hasil kerja tangan syarikat pembuat jam terkemuka Hublot dari Sweden. Jam ini sangat cantek dan berharga lebih dari $5 million.. cube kira duit Malaysia berapa..bertatahkan batu permata puteh 140 carat. Jam ini adalah idaman orang kaya dan ternama.

    Menurut jurucakap syarikat keseluruhan jam ini memerlukan seramai 17 orang pekerja untuk menyiapkan dengan sempurna dan masa yang diperuntukkan ialah selama 14 bulan. Jumlah permata puteh yang digunakan ialah sebanyak 1,292 butir dan kualiti permata dari yang terpilih sahaja.
    Untuk anda memilikinya...kena tepok dada dan tanye hati...fokus minda dan berfikiran positif ..tiada yang mustahil untuk terjadi. Semua terpulang pada diri kita.
    *Teringat jam lama pemberian ibu masa sekolah yang berharga RM 20..tapi sangat sentimental.


    Coca cola dan Pepsi-minumlah kalau nak cepat mati

    Salam sejahtera semua....

    Kenape korang semua suke sangat nak minum minuman ini...kalau tak minum tak leh hidup ke..atau sunyi dunia tanpa pepsi dan cocacola. Walaupun dah banyak diperkatakan bahawa di US minuman ini jelas mengandungi pewarna yang boleh memberi anda cancer. Kajian di makmal menunjukkan bahan '4-methylimidazole' yang menghasilkan caramel bewarna perang yang duji terhadap tikus boleh meningkatkan risiko cancer..atau dalam bahasa kasar cepat mampuslah.


    Di Malaysia pula ..pernahkah anda memikirkan apakah pihak berwajib sentiasa peka terhadap bahan didalam minuman ini? Kalau di UK pula mereka tidak memperdulikan ini semua.....sebab mereka lebih memikirkan bisnes dari kepentingan kesihatan.

    Cuba bayangkan anak kita minum air ini dari darjah satu hinggalah masuk ke Universiti....dapat tak anda bayangkan risikonye...fikir-fikirkanlah sendiri ye..
                                                                                                                                                          
                                                                                                                                                  


    Sunday, 11 March 2012

    Nak Ikut Pergi MelancongTak?

    Salam Sejahtera Semua....

    Jum pergi melancong....nak ikut tak...he he....melancong dalam mimpi je sambil cuci mata. Cuba perhatikan gambar-gambar ini ..agak kat mane ye..dapat tengok gambar pun cukuplah.

    St. Basil's di Kremlin


    The Catedrals


    Kremlin's Museum
    Shopping Complexes

    Dah tahu tempat ni kat mane?.......

    MOSCOW HOLIDAYS

    Agak-agak bile boleh sampai ke sana ye...best kan...dapat tenangkan fikiran, minda pun boleh jadi sihat..





    Saturday, 10 March 2012

    D & C ? Ape tu saya tak faham

    Salam Sejahtera semua...

    Memang pada mulanya saya tak faham ape itu D & C. Tapi bila dah terkena batang hidung sendiri baru terkial-kial nak google up. Ade bayak info mengenai D&C ini. Saya cube untuk share informasi ini dengan semua tetapi tak berapa jumpa dalam bahasa Melayu kebanyakanya dalam bahasa Inggeris.
    Saya menjalani process ini kerana menstruasi yang berlarutan dan berlaku penebalan pada uterus...info ini sangat berguna untuk semua tidak kira lelaki atau perempuan sebab sekarang ini pelbagai kemunkinan boleh berlaku tanpa dijangka.
    Saya cuba beri gambaran dari info yang saya baca dalam English semoga boleh membantu.

    P/s Proses D & C yang saya lalui hanya mengambil masa selama 30 minit sahaja....buat keputusan bijak sebelum anda menjalaninya.

    D & C ( Dilatation and Curettage )


    Normal Anatomy

    The uterus is located in the abdomen and is the site of fetal development during pregnancy. The body (fundus) of the uterus narrows and forms the cervix. The cervix opens to the vagina.

    Indication


    D and C or dilatation and curettage is a procedure to scrape and collect the tissue (endometrium) from inside the uterus.


    D and C or uterine scraping may be done to:
    • diagnose conditions using the tissue samples collected (biopsies)
    • treat irregular bleeding
    • remove fetal or placental tissue (used for some elective or therapeutic abortions and to remove any remaining tissue after a spontaneous abortion (miscarriage)


    D and C or uterine scraping may be recommended for:
    • bleeding between periods
    • heavy menstrual bleeding
    • bleeding after intercourse
    • investigation of infertility
    • uterine fibroids
    • endometrial polyps
    • uterine cancer (early diagnosis)
    • cervical cancer (early diagnosis)
    • thickening of the uterus (endometrial hyperplasia)
    • an embedded IUD (intrauterine device)
    • therapeutic or elective abortion
    • miscarriage

    Procedure



    D and C or dilatation and curettage (uterine scraping) is a fairly minor surgical procedure. The procedure may be performed in the hospital or in a clinic using general or local anesthesia. The vaginal canal is held open by a speculum and the opening to the uterus (cervix) is anesthetized (not always). The cervical canal is widened (dilated) using a metal rod and a curette (a metal loop on the end of a long thin handle) is then passed through the canal into the uterine cavity. The inner layer of the uterus (endometrium) is scraped away and the tissue is collected for examination.

    Thursday, 8 March 2012

    Suami Buat Selambee..gileer Bila Isteri Sakit...

    Salam Sejahtera Semua..

    Arini nak share satu perihal tentang  wanita yang selalu cramp bila datang period...munkin ramai yang dah mengalami masalah ini setiap bulan betul tak?


    Semua wanita arif bagaimana rasanya period cramp. Kita tak boleh jalan, mata tak boleh nak buka, rasa macam nak muntah, kepala sakit nak mampus, tak boleh nak berdiri betul, menggigil, panas sejuk, berpeluh giler. Dalam keadaan yng begini yang paling perlu ialah baring dan rehatkan minda. Bawa banyak bertenang dan jangan paksa diri untuk bangun dan buat kerja rumah.
    Ni yang nak cerita pasal sorang suami ni yang selalu buat selambe giler bila isterinya sakit dan cramp setiap bulan. Langsung tak kisah nak tolong buat kerja rumah contohnya tolong jerang air ke, tolong mesin kain ke , sapu sampah ke...dan yang paling penting touching isteri tu mane yang patut..dan tolong ambilkan ubat untuk ditelan.
    Berbalik cerita kawan ni suaminye tidak pernah berbuat demikian.Apa yang terjadi ialah buat dek aje..tanye pun tak nak anta clinic jauh sekali...jadi terpaksalah minta tolong kawan untuk pergi clinic.Ini kes belum ade anak lagi...cube bayangkan kalau dah ade anak...tak ke haru jadinya...
    Kepada anda yang bergelar suami ..bertimbang raselah terhadap isteri kerana isteri anda adalah kawan baik anda tempat untuk share suka dan duka sepanjang hayat...bukan saje mendapat barakah dari Allah rezeki pun akan melimpah ruah..percayalah cakap saye ni. Anda ade pengalaman kongsikan bersama...


    Wednesday, 7 March 2012

    Ujang Den Nak Masuk U

    Salam Sejahtera Semua...

    Ujang eden yang berkacamata ,,,sangat happy arini @result STPM dapat pointer yang agak baik dan layak masuk IPTA..


    Tahniah!!!!!! Seperti ibubapa lain semestinya bersyukur kepada Allah kerana telah kabulkan doa untuk melihat kejayaan anak. Kepada anak-anak yang lain tahniah atas kejayaan anda semua. Jika menurut kata ibubapa, istiqomah dalam pembelajaran, akur nasihat guru tiada sebab untuk tidak berjaya.
    Namun semuanya di tangan Allah kalau tidak mendapat keputusan yang baik..jangan putus asa...masa masih panjang dan peluang terbuka luas. Buat pilihan yang bijak untuk masa depan yang lebih baik dan cemerlang dalam apa bidang yang diceburi. Tahniah moga dapat jadi Ustazzzzz....


    Saturday, 25 February 2012

    Full Time VS Part Time



    Tahukah anda bahawa bekerja separoh masa lebih membuatkan kita lebih sihat?

    Satu kajian memperlihatkan bahawa ibu yang bekerja part time adalah bebas dari segala tekanan dan mereka lebih bebas untuk bergerak. Mereka lebih bebas untuk menggunakan masa yang terluang dengan anak-anak samada di sekolah mahupun di rumah. Anak-anak yang masih kecil terutamanya lebih memerlukan perhatian dan ini adalah masa yang sesuai untuk ibu yang bekerja separoh masa masa untuk memenuhi tuntutan anak-anak.
    Selain itu bagi ibu-ibu yang masih menyusu badan boleh menggunakan peluang ini untuk merapatkan hubungan kasih sayang antara mereka. 
    Kalau anda diberi peluang untuk memilih yang mana satu anda mahu... bekerja secara part time atau full time?

    Untuk keterangan lanjut sila clik tstaronline

    Friday, 24 February 2012

    Diana Danielle - Cantik tapi Kesihatan Diabaikan

    Salam Sejahtera Semua....

    Kesihatan penting untuk dijaga. kalau saya bila demam aje akan terus pergi jumpa doktor ambil ubat.

    Bagaimana dengan anda pula. Bagi saya kesihatan itu sangat penting kerana ia melibatkan penampilan kita....walaupun muka kita tidaklah berapa cantek tapi sentiasa berdisiplin dalam bab kesihatan pasti kita akan kelihatan terurus dan mantap.
    Ini terutama bagi warga muda okey.

    Muka licin dan berseri kalau kesihatan terjaga... oleh itu pergi jumpa doktor kalau kesihatan tidak memuaskan barulah boleh belajar dengan konsisten dan result pun membanggakan kita dan ibubapa kita..


    Diana memang cantek dan menawan tetapi diberitakan sangat susah untuk berjumpa doktor...satu habit yang tidak berapa sihat untuk diamalkan....

    Tuesday, 17 January 2012

    Healthy Breakfast Again


    Tasty Homemade Pancakes



    Although these aren't recommended for every day - This photo is NOT of wholemeal pancakes - but gives you an idea of how to serve them freshly made with berriesthey can be great to start the day on a special occasion.
    The addition of fresh fruit and berries turns this into a healthier meal.
    By changing from white to wholemeal or buckwheat flour, you can make this recipe fairly low GI. 
    Here's  will be the recipe:-
    • 4oz (125g) wholemeal self-raising flour
    • 1 large egg
    • ½ pint (280ml) of fresh semi-skimmed milk
    1. Mix together until smooth.
    2. Add drop of olive oil to frying pan and heat.
    3. Drop in large spoonfuls - cook three small pancakes at a time.  Serve hot.
    In a very busy lifestyles this is the practice for us to have this recipe....Why not to have a try..
    Serve with fresh fruit - sliced bananas, chopped apples, sliced kiwi or a drizzle of greek honey.

    Saturday, 14 January 2012

    Sukar Menahan Nafsu Makan

    HU........HU SEDAPNYE....

    Pagi2 tengok gambar ini memang terliur huh...kalau yang jenis suka makan ini memang sedap. Hari ini saya nak kongsi sikit bagaimana  cara mudah untuk maintain berat badan seperti yang kawan saya amalkan.

    1. Sentiasa gunakan yogurt, susu dan salad dressing yang rendah lemak. Usually bebenda yang ada tajuk rendah lemak ni mengandungi 10 gram lemak kurang daripada produk yang tak cakap dia adalah rendah lemak. Tapi, ada satu artikel lain, saya tak ingat di mana saya baca, dia cakap kalau selalu sangat asik rendah lemak pon tak bagus juga. Makanya kena pandai lah adjust.
    2. Makan makanan seimbang.. ala.. ikut pyramid makanan tu lah..Tubuh memerlukan hamper 40 jenis khasiat untuk memastikan ianya kekal hebat.. banyak tuh.. makan pon kena banyak.. jenis lah hehe..
    3. Dah makan banyak, kena lah seimbangkan balik dengan senaman.. Kalau tinggal yang tu, menggelembung naik lah lama2 nanti. Paling mudah adalah berjalan kaki dengan high speed.. Boleh?
    4. Dan yang terakhir.. makan sayur yang dikukus atau yang digoreng tanpa minyak. Untuk rasa yang lebih sedap dengan kalori yang terhad, tambahkan sedikit rempah, herba, jus lemon atau cuka. Untuk lebih sedap lagi gunakan minyak zaitun..


    Selalunya saya akan paling bagus beramal sebaik membaca sesuatu macam ni, dan bersemangat gila nak turunkan berat badan. Tapi, selalunya tak lama.. seminggu je paling kuat..Lepas tu lupa diri.. Ni saya lah.. Jadi untuk pembaca lain, jangan jadi macam saya.


    Selamat Beramal! 

    Chong Wei Terhandal


    Chen Long Ternganga...

    TAHNIAH JUARA BERTAHAN

     WIRA MALAYSIA

    DONT BE TOO ARROGANT- It is unhealthy for our health...


    The Benefits of Yoga


    In recent years yoga has become a way of life. The high-health-benefits of yoga is one of the main factors which increase the number of practitioner. Every movement in yoga, train your body to increase tolerance to discomfort. Even some useful yoga for weight loss.
    The benefits of yoga are not just limited to improving health. More than that, yoga is also helpful for weight loss. Why is that? Here are some reasons that can strengthen this opinion.

    1. Yoga Can Reduce Stress
      As you may know that one of the benefits of yoga is best known for relieving stress . In some people, stress can trigger over-eating that can trigger weight gain.Therefore, to prevent stress and eating large meals, yoga is the right way to handle it.
    2. Substitute Yoga Exercises That Too Heavy
      A few people may have physical limitations to perform exercises that are too heavy. If you can not do a very intensive exercise to lose weight, yoga can be an appropriate alternative. Every movement of yoga allows the body to burn more calories , so it is good to maintain your weight.
    3. Useful Yoga Exercises To Burn Excess Calories
      What you eat plays a major role in the process of increasing your weight. Eating high-calorie foods can cause the body to store excess calories into fat that can accumulate if you rarely move. Practicing yoga allows your body to remain actively engaged thus allowing a greater calorie burn.
    4. Fun to do yoga together
      Yoga is fun when done together. Exercise together can enhance the spirit of practice, so the process of weight loss will not burden you. Invite family or friends to practice yoga together.
    Benefits of yoga for the body is not in doubt. However, not only by doing yoga weight then you can drop drastically. You need to remember that keeping your diet should also be run before getting the benefits of yoga to lose weight. Happy practicing!

    Thursday, 12 January 2012

    Penyakit Lupus Kronik/SLE Membawa maut

    Cuba anda semua perhatikan pada gambar diatas..munkin peringatan kepada diri sendiri dan juga kepada ibubapa yang mempunyai anak yang seakan-akan jenis kulit seperti di atas. Ini adalah salah satu simptom kepada masalah penyakit ini.
    SLE adalah singkatan kepada  Sistemik Lupus Eritematosus. Dikatakan bahawa penyakit ini tiada penawarnya melainkan pesakit akan bergantung kepada steroid untuk menyambung kehidupan hingga ke akhir hayat.
    Selain dari itu sekitar tahun 1993 tidak banyak yang diketahui mengenai penyakit ini.  Pakar Runding Rheumatologi berkata Lupus tergolong dalam kumpulan penyakit kronik yang dideritai seumur hidup.
     Lupus adalah penyakit autoimun yang terjadi apabila tisu badan menyerang sistem imun atau daya tahan badan itu sendiri. Ia boleh dikategorikan sebagai radang akut atau kronik. Namun, ia bukan penyakit berjangkit.
    Lupus boleh menyerang mana-mana tisu badan, misalnya di kulit, jantung, paru-paru, ginjal, sendi atau sistem saraf. Lupus pada kulit dikenali sebagai Lupus dermatitis manakala yang membabitkan organ dalaman, dikenali SLE.
    Keluarga kami baru sahaja kehilangan seorang ahli keluarga yang mengidap SLE. Dia hilang dalam sekelip mata setelah koma selama tiga minggu dan menghembuskan nafas yang terakhir ketika berumur 27 tahun. Mari kita sama2 meneliti diri sendiri dan anak2 supaya dijauhi penyakit yang tiada ubatnya ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.