FauziahSamad.com

Tabung anak-anak

Dapur Tanpa Sempadan...

Wednesday, 24 August 2011

Berkenalan dengan Macca Plant

Salam sejahtera semua..

Munkin anda semua telah mengetahui apakah dia macca..




MACCA adalah sejenis ubi yang tumbuh pada 12,500-14,00 kaki dari aras laut di atas Banjaran Gunung Andes Plateaux, Peru. Maca telah ditemui oleh seorang doktor wanita, iaitu Dr. Chacon.

Macca adalah satu-satunya tumbuhan yang boleh hidup pada ketinggian tersebut berikutan keadaan suhu yang terlampau : terlalu panas pada waktu siang dan terlalu sejuk pada waktu malam. Tanah tempat tumbuhnya Maca mempunyai kandungan garam galian yang tinggi menjadikan tumbuhan Maca kaya dengan khasiat nutrisi, keperluan asid amino dan asid lemak penting.

Tumbuhan Macca ini tergolong dalam spesis kentang. Warna kulitnya seakan-akan sama seperti kentang, tetapi bentuknya seperti lobak besar. Maca mempunyai rasa manis. Di Peru, Maca digunakan dalam pelbagai cara : mentah, dibakar atau dikeringkan. Masyarakat Peru membuat biskut, tart, emping dan minuman menggunakan Macca. Di Eropah dan Amerika Utara, Macca lebih dikenali dalam bentuk kering, kapsul atau gelatin. Akar Maca boleh dikeringkan dan diproses, dimana ia boleh disimpan selama beberapa tahun lamanya


Macca bukan sejenis ubat. Macca merupakan makanan bernutrisi yang berkhasiat tinggi dengan ciri-ciri perubatan. Masyarakat populasi tempatan telah menggunakan tumbuhan ini sejak beribu tahun. Sehingga ke hari ini, masyarakat Peru menggunakan Macca sebagai sumber tenaga sepertimana negara-negara lain di Amerika Utara, Amerika Selatan dan Eropah. Macca lebih dikenali sebagai "Peruvian Viagra" atau "Peruvian Ginseng" kerana ia membantu meransang libido (tenaga seksual) lelaki dan wanita. Walaubagaimanapun Macca mempunyai banyak khasiat lainnya. Macca merupakan 100% produk semulajadi yang tidak mempuyai kesan sampingan negatif.