FauziahSamad.com

Tabung anak-anak

Dapur Tanpa Sempadan...

Friday, 30 December 2011

Senyuman Menjelang Tahun Baru

Senyuman menjelang tahun baru..bersyukur Allah telah memberi segala yang terbaik untuk tahun 2011. Rupa yang cantik dan senyuman pun menawan, kuku yang cantik takde yang rosak, gigi yang tersusun tiada yang rongak, mata yang bersih tiada cacat cela, rambut yang hitam berkilat tiada banyak masalah, hidung yang terletak elok mata memandang. Satu yang paling penting ialah seketul hati yang terletak di dalam tubuh. Kalau hati tidak dijaga dan dibajai dengan kemanisan iman kesemua yang indah yang kita perolehi di atas adalah sis-sia belaka. Jaga hati dan sentiasa bersangka baik insyaAllah senyuman dan kehidupan akan lebih bermakna. 
Bayangkan kalau kita dilahirkan dengan serba kecacatan paras rupa........mampukah kita tersenyum atau sebaliknye? Mari kita bayangkan sama-sama.