FauziahSamad.com

Tabung anak-anak

Dapur Tanpa Sempadan...

Friday, 4 November 2011

Ganjaran Puasa Hari Arafah

Sesuai dengan hadis Nabi yang bermaksud " perut adalah rumah penyakit, dan puasa adalah raja segala ubat". Puasa adalah satu ibadat yang amat mulia untuk dipraktikkan bukan sahaja dari segi amalan agama Islam malah semua agama lain di dunia ini.
Hari ini adalah hari Arafah bagi umat Islam yang menunaikan rukun haji yang kelima. Jemaah haji sedang brlumba2 mencari keberkatan yang paling maksimum untuk berdoa dengan sesungguh hati memohon keampunan kepada Allah, dimana doa pada hari Arafah ini akan dimakbulkan Allah tanpa hijab.
Kita di Malaysia digalakkan berpuasa sambil mendoakan kesihatan ibubapa dan sahabat handai semoga mendapat haji yang mabrur. 

Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :
"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya. 
Dari kajian sains dan ilmu biologi ,berpuasa sangat bagus untuk kita.. otak kita terasa relax kerana ia direhatkan untuk membuat kerja2 pengaliran darah untuk sistem pencernaan dan juga kerja2 penghadaman makanan. Otak kita seolah2berkata dan bersyukur kerana tidak perlu bekerja keras  malah segala pengaliran darah hanya bertimpu kepada otak kita. Itulah sebabnya bila kita berpuasa otak menjadi ringan dan memudahkan kita untuk membuat aktiviti ibadah yang lain. 
Mari sama2 berpuasa dalam ilmu...InsyaAllah bukan saja mendapat ganjaran Allah malah badan sentiasa sihat..

No comments:

Post a Comment