FauziahSamad.com

Tabung anak-anak

Dapur Tanpa Sempadan...

Tuesday, 25 October 2011

Madu yang Dilupakan

S a l a m  S e j a h t e r a  S e m u a....




Madu yang berhasiat sudah mula dilupakan oleh golongan muda? Betul ke bagitu..apa taknya kadang2 tidak sempat untuk menelusuri hasiat dan penggunaannya ..kerana terlalu sibuk dengan tugas harian yang padat. Generasi baru kena selalu bertanya pada orang lama atau ibu2 kita apakah hasiat penting tentang madu ini dan perlunya menyimpan sebotol dirumah kita untuk digunakan pada waktu2 kecemasan.Di bawah ini saya terterakan apakah sedikit sebanyak fungsi madu yang perlu diketahui.
 Antara fungsi yang perlu diketahui adalah meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan. 
Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia dan juga kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan. Juga  sumber utama vitamin dan mineral yang kaya dengan sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan.


Cara penggunaan Madu:-
1. Untuk Batuk: Madu + limau Nipis yang diperah- sangat membantu dan telah terbukti kemujarabannya. 2. Untuk pembersih muka : Putih telor + limau nipis + madu - sapukan pada muka untuk 15minit. 3. Untuk wanita mengandung : Minum satu sudu teh madu 2 kali sehari .



NOTA: Madu asli mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima. Seperti mana kandungan-kandungan yang dihasilkan lebah iaitu madu, royal jelly, bee pollen, propolis terdapat bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenal pasti. Lebih menarik lagi, bahan-bahan ini tidak boleh ditiru atau dihasilkan secara sintetik oleh makmal. Ini bermakna madu tidak boleh dihasilkan oleh makmal secara olahan kimia. Madu hanya boleh didapati pada sarang lebah itu sendiri.

No comments:

Post a Comment