FauziahSamad.com

Tabung anak-anak

Dapur Tanpa Sempadan...

Saturday, 8 October 2011

KENAPA NAFAS KURANG MENYENANGKAN

Apa nak Buat kalau nafas berbau....




Masih ade ke dikalangan kita yang masih tidak menyedari pentingnye penjagaan mulut. Janganlah bagitu ..kerana ia juga penting diberi perhatian. Bukan muka saje yang perlu dijaga dicuci setiap hari letak foundation, toner dan bedak2kan dia supaya nampak lawa. Gigi perlu dijaga dan keperluan adalah same penting untuk mendapatkan penampilan yang maksimum.

Kebersihan mulut yang tidak baik disebabkan terdapat sisa makanan dan plak yang terkumpul pada permukaan dan celah gigi. Sisa makanan dan plak bertindak balas dengan bakteria dan menghasilkan gas berbau (sulfur).

Makanan seperti rempah-ratus dan bawang putih boleh mengakibatkan mulut berbau jika diambil berlebihan ketika berbuka mahupun bersahur. Justeru, untuk nafas lebih menyenangkan, mengurangkan masalah kerosakan gigi dan meningkatkan kesihatan mulut, amalan berikut boleh membantu.


# Menggunakan flos untuk membuang plak dan sisa makanan antara celah gigi
# Bersihkan gigi palsu dengan baik
# Banyakkan minum air sewaktu berbuka dan bersahur
# Pastikan gigi berlubang ditampal
# Mengawal kuantiti dan kekerapan pengambilan minuman dan makanan manis

Nabi kita juga mementingkan kebersihan gigi ......disunatkan memberus gigi sebagai sebahagian penjagaan kebersihan diri sebelum menunaikan ibadat. Penampilan akan lebih bergaya bila nafas kita berbau bersih dan semua orang akan selesa bercakap dengan dengan kita sekaligus meningkatkan keyakinan diri kita.


No comments:

Post a Comment