FauziahSamad.com

Tabung anak-anak

Dapur Tanpa Sempadan...

Saturday, 22 October 2011

Adakah Aku Seorang yang Murung

S a l a m  S e j a h t e r a  S e m u a...


Pernahkah kita terfikir apakah diri kita ini seorang yang kuat untuk menangkis segala permasalahan harian dalam hidup kita? Lantas kita malas untuk berfikir dan membiarkan saja segala masalah itu berlalu bagitu saja.Seterusnya kita terjebak dalam situasi kemurungan.
Kemurungan terjadi tanpa mengira status umur. Ia dikategorikan sebagai penyakit mental yng melibatkan mood (perasaan) seseorang menjadi semakin menurun. Ia juga menjejaskan kehidupan kita termasuk tingkah laku, pemikiran dan perasaan kita yang boleh membawa kepada membunuh diri.

Murung boleh terjadi kerana tekanan contohnya kehilangan orang yang tersayang, perceraian, buntu dengan tekanan hidup moden, melihat sendiri perceraian ibubapa yang tidak direlakan, menghadapi penyakit kronik dan banyak lagi,,

Jadi, jika kita bertemu dengan rakan yang menghadapi kemurungan contohnya selalu bersedih, menangis, tidak bermaya, selalu sakit2 dan cuti sakit, mudah tersinggung, selalu menjauhkan diri dari kelompok. Maka kita kenalah menjadi orang atau sahabat atau ibubapa yang lebih bertanggngjawab untuk membantu mereka.
Jadilah seorang yang lebih emphatic, bukan sekadar sympathy. Cuba berikan nasihat, tunjukkan minat untuk mendegar masalah mereka, memberi nasihat yang termampu dan munkin boleh menghiburkan hati mereka dengan cara yang tersendiri. Jika kita merasakan gagal untuk berbuat demikian maka seharusnya kita memberi lowongan jalan supaya mereka berjumpa dengan doktor, ahli psikologi, kaunselar sekolah atau pakar psikatri yang bertauliah. Memberi pertolongan adalah satu tugas mulia sebagai insan di bumi yang fana ini.
Dengan ini secara tidak sedar kita telah menunaikan tanggungjawab sosial kita untuk membantu mengurangkan masalah sosial yang sudah tidak terbendung lagi..ape komen anda yang munkin ade pengalaman membantu insan seperti ini..


2 comments:

  1. MURUNG PON BOLEH BAWAK MAUT T_T

    ReplyDelete
  2. Izyan Masri: Memang betul kalau tidak ditangani dengan cara yang betul..

    ReplyDelete