FauziahSamad.com

Tabung anak-anak

Dapur Tanpa Sempadan...

Friday, 28 October 2011

Berbaloikah Berkasut tumit Tinggi?



S a l a m  S e j a h t e r a  S e m u a...
Amboi cantiknye kasut ni..apa tidaknye tinggi tumitnye hampir enam ke lapan inci...sanggup tak pakai kasut setinggi ini? Tanya hati dan minda yang sihat apakah ianya baik dan praktikal untuk dimiliki..
.Kadang2 kita tidak sedar ancaman besar yang menanti kita andainya memakai kasut tumit tinggi untuk jangka masa yang lama. Lama di sini bermaksud melebihi empat jam pemakaian setiap hari..Cuba kira fikirkan berapa lama kaki kita tersiksa dalam rela....sepanjang hari...setengah hari...atau pakai hanya bila ada function, atau pun bila bertemu pelanggan ...nak menunjuk2....nak kelihatan lawa, bergaya, nampak elegen dan ..munkin saya pendek dan nampak bergaya bila mengenakan kasut tinggi. Apa2 ajelah .. Cume perlu diingat dari sudut kesihatan ada banyak faktor2 yang kurang baik yang akan dihidapi oleh pemakai kasut tinggi untuk jangka masa panjang. Menurut pakar kesihatan jika pemakaian berlangsung untuk jangka masa yang lama contohnya bertahun2 hingga menjangkau ke dua puluh tahun maka bersedialah untuk menerima akibat2nya seperti:-
1. Posture badan akan lebih condong ke hadapan.
2. Ketidakstabilan sistem urogenital-sistem pembuangan yang bermasalah dan tidak lancar samada buang air besar atau kecil.
3.Kontraksi otot betis menjadikannya lebih pendek dan tegang.
4. Rasa siksa yang berpanjangan antara jari ketiga dan ke empat jari kaki akibat dari penebalan saraf dan seterusnya hilang rasa pada jari.
5. Mempengaruhi tulang belakang.
6. Mempengaruhi kesuburan dan hasrat seksual.
Mari kita sama2 mengingatkan diri sendiri,adik kakak, teman wanita atau pun ibu kita sendiri.....untuk lebih berpada2 untuk menganakan kasut tumit tinggi ok..


Lebih tinggi tumit maka lebih tinggi risiko yang akan dihadapi. Ketinggian 1 inci adalah yang paling selamat dan mesra kaki.....ingat tu...
P/s kawan roza menderita tulang belakang dan sukar dapat anak akibat menjadi rakan baik kasut  tinggi..huh

Tuesday, 25 October 2011

Madu yang Dilupakan

S a l a m  S e j a h t e r a  S e m u a....




Madu yang berhasiat sudah mula dilupakan oleh golongan muda? Betul ke bagitu..apa taknya kadang2 tidak sempat untuk menelusuri hasiat dan penggunaannya ..kerana terlalu sibuk dengan tugas harian yang padat. Generasi baru kena selalu bertanya pada orang lama atau ibu2 kita apakah hasiat penting tentang madu ini dan perlunya menyimpan sebotol dirumah kita untuk digunakan pada waktu2 kecemasan.Di bawah ini saya terterakan apakah sedikit sebanyak fungsi madu yang perlu diketahui.
 Antara fungsi yang perlu diketahui adalah meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan. 
Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia dan juga kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan. Juga  sumber utama vitamin dan mineral yang kaya dengan sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan.


Cara penggunaan Madu:-
1. Untuk Batuk: Madu + limau Nipis yang diperah- sangat membantu dan telah terbukti kemujarabannya. 2. Untuk pembersih muka : Putih telor + limau nipis + madu - sapukan pada muka untuk 15minit. 3. Untuk wanita mengandung : Minum satu sudu teh madu 2 kali sehari .



NOTA: Madu asli mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima. Seperti mana kandungan-kandungan yang dihasilkan lebah iaitu madu, royal jelly, bee pollen, propolis terdapat bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenal pasti. Lebih menarik lagi, bahan-bahan ini tidak boleh ditiru atau dihasilkan secara sintetik oleh makmal. Ini bermakna madu tidak boleh dihasilkan oleh makmal secara olahan kimia. Madu hanya boleh didapati pada sarang lebah itu sendiri.

Saturday, 22 October 2011

Adakah Aku Seorang yang Murung

S a l a m  S e j a h t e r a  S e m u a...


Pernahkah kita terfikir apakah diri kita ini seorang yang kuat untuk menangkis segala permasalahan harian dalam hidup kita? Lantas kita malas untuk berfikir dan membiarkan saja segala masalah itu berlalu bagitu saja.Seterusnya kita terjebak dalam situasi kemurungan.
Kemurungan terjadi tanpa mengira status umur. Ia dikategorikan sebagai penyakit mental yng melibatkan mood (perasaan) seseorang menjadi semakin menurun. Ia juga menjejaskan kehidupan kita termasuk tingkah laku, pemikiran dan perasaan kita yang boleh membawa kepada membunuh diri.

Murung boleh terjadi kerana tekanan contohnya kehilangan orang yang tersayang, perceraian, buntu dengan tekanan hidup moden, melihat sendiri perceraian ibubapa yang tidak direlakan, menghadapi penyakit kronik dan banyak lagi,,

Jadi, jika kita bertemu dengan rakan yang menghadapi kemurungan contohnya selalu bersedih, menangis, tidak bermaya, selalu sakit2 dan cuti sakit, mudah tersinggung, selalu menjauhkan diri dari kelompok. Maka kita kenalah menjadi orang atau sahabat atau ibubapa yang lebih bertanggngjawab untuk membantu mereka.
Jadilah seorang yang lebih emphatic, bukan sekadar sympathy. Cuba berikan nasihat, tunjukkan minat untuk mendegar masalah mereka, memberi nasihat yang termampu dan munkin boleh menghiburkan hati mereka dengan cara yang tersendiri. Jika kita merasakan gagal untuk berbuat demikian maka seharusnya kita memberi lowongan jalan supaya mereka berjumpa dengan doktor, ahli psikologi, kaunselar sekolah atau pakar psikatri yang bertauliah. Memberi pertolongan adalah satu tugas mulia sebagai insan di bumi yang fana ini.
Dengan ini secara tidak sedar kita telah menunaikan tanggungjawab sosial kita untuk membantu mengurangkan masalah sosial yang sudah tidak terbendung lagi..ape komen anda yang munkin ade pengalaman membantu insan seperti ini..


Friday, 21 October 2011

Tomato Untuk Cerahkan Muka




Tomato yang Berkhasiat



S a l a m  S e j a h t e r a  S e m u a...




TOMATO atau nama saintifiknyaIycopersicon esculetumsememangnya digemari ramai. Sama ada diratah begitu sahaja atau digandingkan dalam pelbagai jenis masakan, tomato menjanjikan keenakan tersendiri. Hidangan Mediterranean dan Asia Barat menjadikan tomato sebagai bahan asas yang paling kerap digunakan.


Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan.
Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam.
Malah kajian di Amerika Syarikat mendapati pigmen merah pada kulit tomato mengandungi lycopene yang dikatakan mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki.
Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.
Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.

Anda boleh cuba petua dan cara-cara penjagaan kulit menggunakan tomato.
Mengecilkan liang roma
Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.
Merawat jerawat
Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.
Membersihkan kulit muka
Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.
Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.
Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.
Menyejukkan kulit yang rosak
Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.
Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit.
Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.

Friday, 14 October 2011

Suka Duka Menimba Ilmu



S a l a m  S e j a h t e r a  Se m u a....

Convo ke 35 UPM




Kejayaan yang diimpikan..akhirnye menjadi kenyataan untuk naik pentas kali kedua...anda nak tahu bagaimana perasaan bile berada di atas pentas untuk menerima scroll....huh tidak terucapkan..suka , bercampur hiba...




Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China...itu dulu tapi sekarang tuntutlah ilmu di dalam negara kita sendiri dan rebutlah peluang semasa kita muda...tiada sempadan ruang untuk berbuat demikian. Bila dah berjaya dan hasrat dah tercapai hanye Allah saje yang tahu.....Alhamdulillah hasrat saye dah tercapai..doakan kejayaan saye untuk peringkat seterusnya.....Anda semua camne.. ape perasaa bila convo ...jum kita share..


Saturday, 8 October 2011

KENAPA NAFAS KURANG MENYENANGKAN

Apa nak Buat kalau nafas berbau....




Masih ade ke dikalangan kita yang masih tidak menyedari pentingnye penjagaan mulut. Janganlah bagitu ..kerana ia juga penting diberi perhatian. Bukan muka saje yang perlu dijaga dicuci setiap hari letak foundation, toner dan bedak2kan dia supaya nampak lawa. Gigi perlu dijaga dan keperluan adalah same penting untuk mendapatkan penampilan yang maksimum.

Kebersihan mulut yang tidak baik disebabkan terdapat sisa makanan dan plak yang terkumpul pada permukaan dan celah gigi. Sisa makanan dan plak bertindak balas dengan bakteria dan menghasilkan gas berbau (sulfur).

Makanan seperti rempah-ratus dan bawang putih boleh mengakibatkan mulut berbau jika diambil berlebihan ketika berbuka mahupun bersahur. Justeru, untuk nafas lebih menyenangkan, mengurangkan masalah kerosakan gigi dan meningkatkan kesihatan mulut, amalan berikut boleh membantu.


# Menggunakan flos untuk membuang plak dan sisa makanan antara celah gigi
# Bersihkan gigi palsu dengan baik
# Banyakkan minum air sewaktu berbuka dan bersahur
# Pastikan gigi berlubang ditampal
# Mengawal kuantiti dan kekerapan pengambilan minuman dan makanan manis

Nabi kita juga mementingkan kebersihan gigi ......disunatkan memberus gigi sebagai sebahagian penjagaan kebersihan diri sebelum menunaikan ibadat. Penampilan akan lebih bergaya bila nafas kita berbau bersih dan semua orang akan selesa bercakap dengan dengan kita sekaligus meningkatkan keyakinan diri kita.