FauziahSamad.com

Tabung anak-anak

Dapur Tanpa Sempadan...

Sunday, 11 September 2011

Cancer Pembunuh Utama - Penyebab Kematian



S a l a m  s e j a h t e r a  s e m u a .......

Pasti sekarang ini anda semua masih lagi dalam mood raya...maklumlah raya disambut selama sebulan. Maka, sana sini pun sibuk dengan rumah terbuka. Malaysia memang terkenal dengan kemurahan rezeki yang melimpah ruah termasuklah rezeki makanan yang pelbagai punca kepelbagaian penyakit kronik.

Kali ini sye nak kongsi bersama anda semua yang masih belum tahu apakah penyebab pembunuh nombor satu dunia pada masa kini..yelah kalau makan rumah terbuka di hadapan pelbagai makanan enak semua lalai dan makan ikut suka dan akibatnya ..tanggunglah sendiri...

Cuba perhatikan gambar di bawah ini.....  A P R I COT






Ini adalah Apricot seed




Pokok Apricot dengan buah yang cantik

Tahukah anda semua apakah kaitan buah magik ini dengan kepelbagaian penyakit kronik khasnya cancer...... Samada anda tahu atau sebaliknya anda kena tahu juga...tiada pilihan dan kemudian anda kena hebahkan kepada rakan taulan yang masih belum tahu apakah keajaiban biji apricot ini...

Merujuk kepada data seramai 7.6 juta kematian disebabkan cancer pada tahun 2008 dan di Malaysia sahaja lebih kurang dianggarkan 40,000 cancer kes dikesan setiap tahun dengan satu daripada empat rakyat menghidapinya. 

Apakah Punca ianya Terjadi....


Pakar pemakanan dan juga perubatan dari seluruh dunia mengakui, faktor makanan merupakan punca utama terjadinye cancer. Menurut mereka,  90 peratus makanan yang diambil setiap hari dikenalpasti sebagai acid dan mengandungi bahan penambah seperti pewarna, perasa  dan unsur kimia yang menyumbang kepada cancer. 

Akibatnya, diet harian kita kekurangan khasiat dan nutrisi daya tahan tubuh kita seperti vitamin B1, B2, B3, B5, B7, B12, dan B17 dan menyebabkan mengundang masalah penyakit kronik seperti cancer, jantung, kencing manis, dan penyakit yang membunuh secara perlahan..

Hasilnya......



Biji apricot - B17

Inilah dia biji apricot yang mengandungi kandungan B17 yang sangat diperlukan tubuh untuk mencegah dan merawat  
penyakit cancer. Dalam terapi metabolik apabila  Vitamin B17 bertemu dengan sel cancer, enzim betaglucosidase yang hanya terdapat di dalam sel cancer akan menghuraikan elemen vitamin B17 seterusnya  membunuh sel cancer.  

Selain dari itu...

Biji apricot yang diambil dan dimakan bagitu sahaja adalah berbahaya kerana ia terdedah kepada bakteria, kulat dan radikal bebas. Ia juga boleh menyebabkan keracunan dan kesan sampingan kepada tubuh badan. 

Oleh itu .....

Anda semua perlu tahu untuk menjauhi dan mengurangkan  pengambilan agen penyumbang cancer seperti makanan yang berasid seperti daging, telor, ayam, susu, yoghurt, mentega, aiskrim, keju dan juga teh. Makanan yang mengandungi penambah perisa tiruan, pewarna tiruan, pemanis, penaik, yis dan garam. Gaya hidup yang sihat perlu diamalkan supaya menghindari tekanan, pencemaran alam sekitar, tidak bersenam, seks bebas dan pengambilan alcohol.

Semuanya terpulang kepada anda atau apakah anda ingin yang ini terjadi kepada anda dan orang yang tersayang...

cancer payudara..




No comments:

Post a Comment