FauziahSamad.com

Tabung anak-anak

Dapur Tanpa Sempadan...

Friday, 30 December 2011

Senyuman Menjelang Tahun Baru

Senyuman menjelang tahun baru..bersyukur Allah telah memberi segala yang terbaik untuk tahun 2011. Rupa yang cantik dan senyuman pun menawan, kuku yang cantik takde yang rosak, gigi yang tersusun tiada yang rongak, mata yang bersih tiada cacat cela, rambut yang hitam berkilat tiada banyak masalah, hidung yang terletak elok mata memandang. Satu yang paling penting ialah seketul hati yang terletak di dalam tubuh. Kalau hati tidak dijaga dan dibajai dengan kemanisan iman kesemua yang indah yang kita perolehi di atas adalah sis-sia belaka. Jaga hati dan sentiasa bersangka baik insyaAllah senyuman dan kehidupan akan lebih bermakna. 
Bayangkan kalau kita dilahirkan dengan serba kecacatan paras rupa........mampukah kita tersenyum atau sebaliknye? Mari kita bayangkan sama-sama.

Friday, 4 November 2011

Ganjaran Puasa Hari Arafah

Sesuai dengan hadis Nabi yang bermaksud " perut adalah rumah penyakit, dan puasa adalah raja segala ubat". Puasa adalah satu ibadat yang amat mulia untuk dipraktikkan bukan sahaja dari segi amalan agama Islam malah semua agama lain di dunia ini.
Hari ini adalah hari Arafah bagi umat Islam yang menunaikan rukun haji yang kelima. Jemaah haji sedang brlumba2 mencari keberkatan yang paling maksimum untuk berdoa dengan sesungguh hati memohon keampunan kepada Allah, dimana doa pada hari Arafah ini akan dimakbulkan Allah tanpa hijab.
Kita di Malaysia digalakkan berpuasa sambil mendoakan kesihatan ibubapa dan sahabat handai semoga mendapat haji yang mabrur. 

Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :
"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya. 
Dari kajian sains dan ilmu biologi ,berpuasa sangat bagus untuk kita.. otak kita terasa relax kerana ia direhatkan untuk membuat kerja2 pengaliran darah untuk sistem pencernaan dan juga kerja2 penghadaman makanan. Otak kita seolah2berkata dan bersyukur kerana tidak perlu bekerja keras  malah segala pengaliran darah hanya bertimpu kepada otak kita. Itulah sebabnya bila kita berpuasa otak menjadi ringan dan memudahkan kita untuk membuat aktiviti ibadah yang lain. 
Mari sama2 berpuasa dalam ilmu...InsyaAllah bukan saja mendapat ganjaran Allah malah badan sentiasa sihat..

Friday, 28 October 2011

Berbaloikah Berkasut tumit Tinggi?



S a l a m  S e j a h t e r a  S e m u a...
Amboi cantiknye kasut ni..apa tidaknye tinggi tumitnye hampir enam ke lapan inci...sanggup tak pakai kasut setinggi ini? Tanya hati dan minda yang sihat apakah ianya baik dan praktikal untuk dimiliki..
.Kadang2 kita tidak sedar ancaman besar yang menanti kita andainya memakai kasut tumit tinggi untuk jangka masa yang lama. Lama di sini bermaksud melebihi empat jam pemakaian setiap hari..Cuba kira fikirkan berapa lama kaki kita tersiksa dalam rela....sepanjang hari...setengah hari...atau pakai hanya bila ada function, atau pun bila bertemu pelanggan ...nak menunjuk2....nak kelihatan lawa, bergaya, nampak elegen dan ..munkin saya pendek dan nampak bergaya bila mengenakan kasut tinggi. Apa2 ajelah .. Cume perlu diingat dari sudut kesihatan ada banyak faktor2 yang kurang baik yang akan dihidapi oleh pemakai kasut tinggi untuk jangka masa panjang. Menurut pakar kesihatan jika pemakaian berlangsung untuk jangka masa yang lama contohnya bertahun2 hingga menjangkau ke dua puluh tahun maka bersedialah untuk menerima akibat2nya seperti:-
1. Posture badan akan lebih condong ke hadapan.
2. Ketidakstabilan sistem urogenital-sistem pembuangan yang bermasalah dan tidak lancar samada buang air besar atau kecil.
3.Kontraksi otot betis menjadikannya lebih pendek dan tegang.
4. Rasa siksa yang berpanjangan antara jari ketiga dan ke empat jari kaki akibat dari penebalan saraf dan seterusnya hilang rasa pada jari.
5. Mempengaruhi tulang belakang.
6. Mempengaruhi kesuburan dan hasrat seksual.
Mari kita sama2 mengingatkan diri sendiri,adik kakak, teman wanita atau pun ibu kita sendiri.....untuk lebih berpada2 untuk menganakan kasut tumit tinggi ok..


Lebih tinggi tumit maka lebih tinggi risiko yang akan dihadapi. Ketinggian 1 inci adalah yang paling selamat dan mesra kaki.....ingat tu...
P/s kawan roza menderita tulang belakang dan sukar dapat anak akibat menjadi rakan baik kasut  tinggi..huh

Tuesday, 25 October 2011

Madu yang Dilupakan

S a l a m  S e j a h t e r a  S e m u a....




Madu yang berhasiat sudah mula dilupakan oleh golongan muda? Betul ke bagitu..apa taknya kadang2 tidak sempat untuk menelusuri hasiat dan penggunaannya ..kerana terlalu sibuk dengan tugas harian yang padat. Generasi baru kena selalu bertanya pada orang lama atau ibu2 kita apakah hasiat penting tentang madu ini dan perlunya menyimpan sebotol dirumah kita untuk digunakan pada waktu2 kecemasan.Di bawah ini saya terterakan apakah sedikit sebanyak fungsi madu yang perlu diketahui.
 Antara fungsi yang perlu diketahui adalah meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan. 
Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia dan juga kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan. Juga  sumber utama vitamin dan mineral yang kaya dengan sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan.


Cara penggunaan Madu:-
1. Untuk Batuk: Madu + limau Nipis yang diperah- sangat membantu dan telah terbukti kemujarabannya. 2. Untuk pembersih muka : Putih telor + limau nipis + madu - sapukan pada muka untuk 15minit. 3. Untuk wanita mengandung : Minum satu sudu teh madu 2 kali sehari .



NOTA: Madu asli mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima. Seperti mana kandungan-kandungan yang dihasilkan lebah iaitu madu, royal jelly, bee pollen, propolis terdapat bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenal pasti. Lebih menarik lagi, bahan-bahan ini tidak boleh ditiru atau dihasilkan secara sintetik oleh makmal. Ini bermakna madu tidak boleh dihasilkan oleh makmal secara olahan kimia. Madu hanya boleh didapati pada sarang lebah itu sendiri.

Saturday, 22 October 2011

Adakah Aku Seorang yang Murung

S a l a m  S e j a h t e r a  S e m u a...


Pernahkah kita terfikir apakah diri kita ini seorang yang kuat untuk menangkis segala permasalahan harian dalam hidup kita? Lantas kita malas untuk berfikir dan membiarkan saja segala masalah itu berlalu bagitu saja.Seterusnya kita terjebak dalam situasi kemurungan.
Kemurungan terjadi tanpa mengira status umur. Ia dikategorikan sebagai penyakit mental yng melibatkan mood (perasaan) seseorang menjadi semakin menurun. Ia juga menjejaskan kehidupan kita termasuk tingkah laku, pemikiran dan perasaan kita yang boleh membawa kepada membunuh diri.

Murung boleh terjadi kerana tekanan contohnya kehilangan orang yang tersayang, perceraian, buntu dengan tekanan hidup moden, melihat sendiri perceraian ibubapa yang tidak direlakan, menghadapi penyakit kronik dan banyak lagi,,

Jadi, jika kita bertemu dengan rakan yang menghadapi kemurungan contohnya selalu bersedih, menangis, tidak bermaya, selalu sakit2 dan cuti sakit, mudah tersinggung, selalu menjauhkan diri dari kelompok. Maka kita kenalah menjadi orang atau sahabat atau ibubapa yang lebih bertanggngjawab untuk membantu mereka.
Jadilah seorang yang lebih emphatic, bukan sekadar sympathy. Cuba berikan nasihat, tunjukkan minat untuk mendegar masalah mereka, memberi nasihat yang termampu dan munkin boleh menghiburkan hati mereka dengan cara yang tersendiri. Jika kita merasakan gagal untuk berbuat demikian maka seharusnya kita memberi lowongan jalan supaya mereka berjumpa dengan doktor, ahli psikologi, kaunselar sekolah atau pakar psikatri yang bertauliah. Memberi pertolongan adalah satu tugas mulia sebagai insan di bumi yang fana ini.
Dengan ini secara tidak sedar kita telah menunaikan tanggungjawab sosial kita untuk membantu mengurangkan masalah sosial yang sudah tidak terbendung lagi..ape komen anda yang munkin ade pengalaman membantu insan seperti ini..


Friday, 21 October 2011

Tomato Untuk Cerahkan Muka




Tomato yang Berkhasiat



S a l a m  S e j a h t e r a  S e m u a...




TOMATO atau nama saintifiknyaIycopersicon esculetumsememangnya digemari ramai. Sama ada diratah begitu sahaja atau digandingkan dalam pelbagai jenis masakan, tomato menjanjikan keenakan tersendiri. Hidangan Mediterranean dan Asia Barat menjadikan tomato sebagai bahan asas yang paling kerap digunakan.


Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan.
Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam.
Malah kajian di Amerika Syarikat mendapati pigmen merah pada kulit tomato mengandungi lycopene yang dikatakan mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki.
Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.
Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.

Anda boleh cuba petua dan cara-cara penjagaan kulit menggunakan tomato.
Mengecilkan liang roma
Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.
Merawat jerawat
Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.
Membersihkan kulit muka
Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.
Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.
Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.
Menyejukkan kulit yang rosak
Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.
Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit.
Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.

Friday, 14 October 2011

Suka Duka Menimba Ilmu



S a l a m  S e j a h t e r a  Se m u a....

Convo ke 35 UPM




Kejayaan yang diimpikan..akhirnye menjadi kenyataan untuk naik pentas kali kedua...anda nak tahu bagaimana perasaan bile berada di atas pentas untuk menerima scroll....huh tidak terucapkan..suka , bercampur hiba...




Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China...itu dulu tapi sekarang tuntutlah ilmu di dalam negara kita sendiri dan rebutlah peluang semasa kita muda...tiada sempadan ruang untuk berbuat demikian. Bila dah berjaya dan hasrat dah tercapai hanye Allah saje yang tahu.....Alhamdulillah hasrat saye dah tercapai..doakan kejayaan saye untuk peringkat seterusnya.....Anda semua camne.. ape perasaa bila convo ...jum kita share..


Saturday, 8 October 2011

KENAPA NAFAS KURANG MENYENANGKAN

Apa nak Buat kalau nafas berbau....




Masih ade ke dikalangan kita yang masih tidak menyedari pentingnye penjagaan mulut. Janganlah bagitu ..kerana ia juga penting diberi perhatian. Bukan muka saje yang perlu dijaga dicuci setiap hari letak foundation, toner dan bedak2kan dia supaya nampak lawa. Gigi perlu dijaga dan keperluan adalah same penting untuk mendapatkan penampilan yang maksimum.

Kebersihan mulut yang tidak baik disebabkan terdapat sisa makanan dan plak yang terkumpul pada permukaan dan celah gigi. Sisa makanan dan plak bertindak balas dengan bakteria dan menghasilkan gas berbau (sulfur).

Makanan seperti rempah-ratus dan bawang putih boleh mengakibatkan mulut berbau jika diambil berlebihan ketika berbuka mahupun bersahur. Justeru, untuk nafas lebih menyenangkan, mengurangkan masalah kerosakan gigi dan meningkatkan kesihatan mulut, amalan berikut boleh membantu.


# Menggunakan flos untuk membuang plak dan sisa makanan antara celah gigi
# Bersihkan gigi palsu dengan baik
# Banyakkan minum air sewaktu berbuka dan bersahur
# Pastikan gigi berlubang ditampal
# Mengawal kuantiti dan kekerapan pengambilan minuman dan makanan manis

Nabi kita juga mementingkan kebersihan gigi ......disunatkan memberus gigi sebagai sebahagian penjagaan kebersihan diri sebelum menunaikan ibadat. Penampilan akan lebih bergaya bila nafas kita berbau bersih dan semua orang akan selesa bercakap dengan dengan kita sekaligus meningkatkan keyakinan diri kita.


Saturday, 24 September 2011

MENGHILANGKAN STRESS DENGAN YOGURT

Yogurt Boleh Ubati Stress
S a l a m  S e j a h t e r a  Se m u a....
Tentu anda semua setuju kehidupan hari ini memang tidak boleh lari dari menghadapi stress. Keluar saje dari rumah bermakna anda akan bersemuka dengan stress. Masalah peribadi, jiran, anak2, perjalanan ke pejabat pun akan menghidangkan pelbagai jenis stress dalam diri kita..Bagaimana untuk menanganinye..salah satu pilihan adalah sperti di bawah...
Aduhhhh..sedapnye...
Yogurt mungkin jawapan kepada penyebab masalah soothing intestinal disebabkan oleh gaya hidup kita yang sibuk. Stres kronik sangat berkait dengan penyakit seperti IBS (sindrom usus cepat marah) dan untuk membuat symptopms disease Crohn dan coliti ulser yang teruk.
Ia juga boleh meninggalkan perut anda lebih sensitif dan mungkin alah kepada makanan tertentu. Kini, penyelidikan baru dalam Gutsshow jurnal menemui bahawa pengambilan  bacteria baik, yang dipanggil probiotik, yang ditemui di dalam yogurt, boleh membantu mengurangkan masalah berkaitan usus.


Pengambilan prebiotik sangat penting  untuk mengurangkan kadar bacteria yang melekat pada sel2 yang melapisi dinding usus dan mengurangkan keradangan usus.

Jadi teruskan mengambil yogurt pada setiap hari untuk menenangkan usus anda dan bila usus terpelihara akan membantu mengurangkan stress yang kita dihadapi setiap hari dalam kehidupan .. Anda ada pengalaman makan yogurt ……….komenlah sikit kat bawah ni ye..


Friday, 23 September 2011

R-DREAM SANGAT MEMBANTU

       
S a l a m  S e j a h t e r a  Se m u a....

R-DREAM
 
Anda berminat contact saje:-

Roza ( 014 7011552)

1 kotak @ 7 peket

                                         

 rm65 (1 kotak)  rm200 (4 kotak)

Saya amat gembira menerima panggilan telefon dari dari seorang pembeli product R-DREAM menyatakan khabar gembira bahawa isterinye positive mengandung. Bayangkan setelah sekian lama berusaha kini harapan menjadi kenyataan. Itulah hasil dari usaha yang tidak pernah kenal jemu akhirnya di perkenankan Allah jua..yang penting sentiasa berusaha untuk meningkatkan tahap kesihatan diri dan keluarga. Munkin terlalu banyak product lain yang terdapat di pasaran namun apa yang penting adalah kesesuaian sistem badan untuk menerima sesuatu product.
Product R-DREAM  mengandungi  Macca plant  merupakan makanan 
bernutrisi yang berkhasiat tinggi dengan ciri-ciri perubatan. Sila refer pada entry 
yang terdahulu..dan ini adalah macca plant...
macca plant
R-DREAM




Fungsi Utama R-Dream
•Membantu mengembalikan kejantanan lelaki
•Membantu meningkatkan tahap kesuburan lelaki dan wanita
•Membantu mengawal asid di dalam badan
•Membantu melancarkan peredaran darah
•Membantu mengatasi masalah kencing manis 
•Membantu mengatasi masalah jantung dan darah tinggi
•Membantu mengatasi penyakit lumpuh
•Membantu mengatasi penyakit buasir dan sembelit
•Membantu menguatkan fungsi hati
•Membantu mengatasi masalah prahaid dan monopous wanita
•Membantu mengatasi penyakit batu karang

    

Disamping itu R-DREAM
 berupaya merawat dan

menyelesaikan masalah para isteri yang selalu aktif di siang hari

 dengan tugas harian yang membebankan perlu mengambil nutrisi

 tambahan ini untuk kelihatan lebih bermaya dan ceria...

 Faktor Usia

Penat bekerja

kurang subur dan juga bagi yang ketiadaan zuriat..

anda juga boleh mencuba product bernutrisi ini bak kata pepatah
'no harm of trying'



Tuesday, 20 September 2011

Stem Cells - Kunci Penyembuhan Optimum


S a l a m  S e j a h t e r a  Se m u a....

Penemuan Terbaru...STEM CELLS





Content/ingredients - Fucus Vesiculosus Extract and Grape Seeds Extracts

6 Vegetable Capsules in each Bottle

Harga - 1btl@rm78  (4btl@rm240)

Contact - Roza ( 014 7011552)



Apakah Stem Cells ?


STEM CELLS adalah satu penemuan yang baru, ekstrak botanikal semula jadi yang membantu badan anda mengekalkan kesihatan fisiologi sel stemnya. Ia merupakan produk yang pertama di pasaran daripada kategori produk yang terbaru iaitu fitoseutikal. Ia di panggil “penggalak sel stem”.




Fucus Vesiculosus



Grapes


Apakah itu penggalak sel stem?


Perkembangan saintifik terkini telah membongkarkan yang sel stem yang di dapati daripada sumsum tulang bergerak ke seluruh badan dan bertindak membantu untuk organ dan tisu berfungsi pada tahap yang optimum. Bahan penambah sel stem merupakan produk yang membantu tugas sel stem dewasa.


Mengapa saya memerlukan produk ini?



Apabila kita meningkat usia bilangan dan kualiti sel stem yang berada dalam edaran darah kita akan berkurang, menyebabkan badan kita lebih mudah mengalami kecederaan dan penyakit lain yang berkaitan dengan usia.Seperti antioksidan yang penting untuk melindung sel kita daripada kerosakan “radikal bebas”, penggalak sel stem turut sama penting dalam menolong sel stem kita untuk mengekalkan fungsi organ dan tisu badan yang lebih baik.



Saturday, 17 September 2011

Khasiat Durian Belanda - Pembunuh Cancer

Durian Belanda Pembunuh Semulajadi Kanser.

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!
Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik.

Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik.

Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !


Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu. Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute.

Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

"Harap dapat kirimlanjutkan (Forward) artikel diatas kepada teman-teman dan insan tersayang yang anda kasihi sebagai satu amalan kebajikan dan sumbangan ikhlas dari anda untuk mereka semua".

Entry Ehsan: 
http://cancer-b17.blogspot.com/